Yayasan Al Ijabah gets the job done!

 

Mukadimah

1.1 Rumah Anak Yatim Al-Ijabah 

Yayasan al-Ijabah merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ianya merupakan  sebuah Yayasan yang melaksanakan program-program kebajikan berteraskan pendekatan Islam.

Pada peringkat awalya Yayasan Al-Ijabah telah memulakan aktivitinya dengan menubuhkan Rumah Anak Yatim Al-Hafiz. Rumah tersebut telah memulakan operasinya pada tahun 2005 dan buat sementara waktu ini ianya beroperasi di USJ 4, Subang Jaya, bermula 2011 Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Yayasan Al-Ijabah beroperasi di Puchong.

Rumah Ijabah Anak Yatim & Tahfiz

2.1 Latar Belakang
Bermula dengan enam orang anak yatim dan anak orang susah sehingga kini bilangan anak tersebut telah bertambah  kepada 80 orang bermula seusia 4 tahun sehingga 18 tahun. Beberapa orang anak yatim dari yayasan Al-Ijabah telah menunjukkan prestasi yang baik dalam pembelajaran sehingga melayakkan mereka dihantar untuk melanjutkan pengajian di Universiti luar negara terutamanya di timur tengah selain universiti-universiti dan kolej-kolej dalam negara.

Fungsi rumah tersebut bukan hanya menjaga dan membela anak-anak tersebut semata-mata tetapi lebih dari itu aspek tarbiyyah dan pendidikan seimbang yang meliputi Fardhu Ain dan Fardu Kifayah amat di titik beratkan disamping aktiviti kemahiran dan motivasi yang sering diadakan.

Perbelanjaan Rumah Anak Yatim

Yayasan al-ijabah telah membelanjakan sebanyak RM 35,000.00 sebulan bagi menampung segala keperluan bermula dengan bayaran rumah sewa, perbelanjaan makan minum, yuran sekolah (akademik dan agama), penggajian guru tahfiz dan warden.

Bilangan Penghuni Anak Yatim Dan Orang Susah

Jumlah keseluruahan penghuni rumah Ijabah seramai 80 orang dalam lingkungan usia 7-17 tahun. Seramai 50 orang pelajar lelaki dan seramai 30 orang  pelajar perempuan.

Aktiviti Rumah Al-Ijabah

1. Aktiviti secara umum
- Tahfiz Al-Quran
- Kuliah Hadith
- Majlis Maulud An-Nabi
- Berenang
- Memanah
- Ceramah Motivasi
- Memenuhi Jemputan
- Kelas Tambahan
- Tuisyen Malam

2. Aktiviti Harian (Isnin Hingga Jumaat)
a. Pagi 
    - Sekolah
b. Petang
    - Menghafaz Al-Quran
c. Malam
    - Aktiviti Ulangkaji Pelajaran
    - Buat Kerja Rumah / Latihan
    - Kelas Tuisyen (Isnin hingga Rabu sahaja)
    - Makan Malam
    - Solat Berjemaah
    - Bacaan Yassin Setiap Malam Selapas Maghrib

3. Aktiviti Hujung Minggu
- Bola Sepak
- Belajar Silat
- Memenuhi Jemputan Kenduri
- Berenang
- Memanah
- Lawatan

Pencapaian

Setakat tahun 2011, anak-anak yatim dan pelajar di bawah yayasan al-ijabah telah dapat melanjutkan pelajaran di Universiti dalam Negara seperti Universiti dalam negara seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).